CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 8 April 2010

bondaku tersayang-makin kurus-




Teman sekolah


Assalamualaikum kekawan yang mengenali midah, midah ucapkan selamat datang ke laman web blog midah nie, teman -teman semua tetap dalam hati midah tak kira siapa kita dulu, dari kelas mana anak siapa orang kaya atau sederhana.

Midah teringat zaman sekolah , indah sungguh kan dengan kemesraan kita macam adik beradik, tak jumpa lagi midah kawan-kawan macam midah kat sekolah dulu. Kekadang midah sedih ...teringat mana perginya kawan-kawan midah semua, hilang entah kemana, dulu midah lama menetap di Shah Alam sebelum berpindah semua di langat tahun 1999 selepas ayanda midah strok. Kini medah menetap di Taman Perkasa Indah menumpang rumah kakak kiah.Lamanya midah kehilangan teman-teman dulu, takpelah dalam hati midah berdoa semoga kita dapat jumpa semua buat reunion balik semoga ikatan persaudaraan dapat berkekalan hingga akhir hayat

Selasa, 23 Mac 2010

Hantaran Untuk Tempahan

Jumaat, 12 Mac 2010

Bidadari cantik lukisan ni tahniah kat orang yang lukis





Sabtu, 6 Februari 2010

Keadaan Bonda Kini



Jummat, 5 Februari 2010 bondaku dikejarkan ke Hospital Putrajaya kerana mengalami sakit pinggang yang amat sangat. Aku balik awal setelah rasa tidak sedap hati telefon h/p dia tidak berangkat. Nasib ada suami dapat pulang segera .Ibu dimasukkan ke wad 3C (orthopedic)tulang dan saraf.

Esoknya doktor mengesahkan bondaku mengalami tulang pinggang retak. Dia memerlukan rawatan yang panjang di Hospital tersebut. Ya Allah ..... Semoga Allah melindunginya. Patutlah aku selalu bermimpi agar mengambilnya pulang, dan mimpikan arwah ayah tapi macambiasa bayangan wajah ayah sahaja yang nampak seperti memaklumkan sesuatu.Allah terima kasih kerana telah memberikan panduan dalam mimpi.

Kepada adik beradik mana yang sempat aku bagitau, aku dah panik bila tengok keadaan bonda sebegitu. Cal dan sms dan aku tak nak fikir masalah orang lain. Aku fikir semua pasal bonda .Yang lain fikirlah sendiri masing-masing ada keluarga. Nak datang tengok mak datanglah. Jika ada kesempatan pintu hospital besar silakanlah. Berfikir sejenak kenapa bonda yang mengalami nasib sedemikian.

Allah memang sayangkan bonda, sebab bonda sentiasa berzikir dan berdoa kebahagian anak-anaknya walaupun dalam keadaan sakit macamana sekalipun. Bondaku akan sentiasa dilindungi kerana dia sentiasa bersolat hajat, tak kira tengah sakit. Sembahyang sambil baring kerana keadaannya sekarang. Baru-baruni tanya doa apa kalini, dia kata dia kehilangan wang, dia tak pasti dimana dia letak. Bila tengok keadaan risau dia akupun bagitau biarlah kalau orang jumpa itu rezeki orang, kalau orang ambil orang itu akan susah sampai bila-bila didunia mahupun diakhirat kan Allah ada.. barulah dia senyum. Harapan agar bondaku cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala dan sebalik apa yang terjadi ada hikmahnya. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.

Ahad, 31 Januari 2010

Kenangan n Cik Mah





Rindunya n Cik Mak, last skali makan n cik mah kat pizza hut , makan n daya , cik mah kat Plaza Masalam best giler, bila nak pegi lagi tak tau la

Jumaat, 29 Januari 2010

Ayah dan Ibu



Ayah dan ibu, adik rindu sangat, namun apakan daya kita berpisah sementara dan akan berpisah jua akhirnya. Namun kenangan bersama ayah dan ibu tak mungkin dapat dilupakan. Kenangan masa kecil bersama mak n ayah dalam hutan rimba (semoges) cari buluh, durian buah-buahan buat bekalan makanan harian kita, pergi kebun tanam sayur untuk jualan pasar malam, racik buloh untuk buat belanja sekolah, kita semua susah. Tapi adik tak pernah menyesal punya insan tersayang seperti ayah dan dan emak. Kita sama-sama harungi hidup dengan aman sentosa. Tapi masa merubah segalanya. Ayah tinggalkan adik , makpun sama duduk rumah abang sebab tak ada orang jaga. Adik tak ada tempat mengadu macam dulu, menangis sama-sama.

Adik ingat masa kecil adik makan pisang rebus sampai pisangpun tak ada, makan cekodok berbulan. Tapi kita bahagia jer. Adik tak pernah malu punya ayah dan emak. Ayah mak nanti adik cerita lagi pasal kenangan kita duduk rumah kita kat atas tu (batu 18) banyak kenangan indah adik tak boleh lupa. Mak Ayah semoga kedua nya bahagia. Ampun kan adik.