Jummat, 5 Februari 2010 bondaku dikejarkan ke Hospital Putrajaya kerana mengalami sakit pinggang yang amat sangat. Aku balik awal setelah rasa tidak sedap hati telefon h/p dia tidak berangkat. Nasib ada suami dapat pulang segera .Ibu dimasukkan ke wad 3C (orthopedic)tulang dan saraf.
Esoknya doktor mengesahkan bondaku mengalami tulang pinggang retak. Dia memerlukan rawatan yang panjang di Hospital tersebut. Ya Allah ..... Semoga Allah melindunginya. Patutlah aku selalu bermimpi agar mengambilnya pulang, dan mimpikan arwah ayah tapi macambiasa bayangan wajah ayah sahaja yang nampak seperti memaklumkan sesuatu.Allah terima kasih kerana telah memberikan panduan dalam mimpi.
Kepada adik beradik mana yang sempat aku bagitau, aku dah panik bila tengok keadaan bonda sebegitu. Cal dan sms dan aku tak nak fikir masalah orang lain. Aku fikir semua pasal bonda .Yang lain fikirlah sendiri masing-masing ada keluarga. Nak datang tengok mak datanglah. Jika ada kesempatan pintu hospital besar silakanlah. Berfikir sejenak kenapa bonda yang mengalami nasib sedemikian.
Allah memang sayangkan bonda, sebab bonda sentiasa berzikir dan berdoa kebahagian anak-anaknya walaupun dalam keadaan sakit macamana sekalipun. Bondaku akan sentiasa dilindungi kerana dia sentiasa bersolat hajat, tak kira tengah sakit. Sembahyang sambil baring kerana keadaannya sekarang. Baru-baruni tanya doa apa kalini, dia kata dia kehilangan wang, dia tak pasti dimana dia letak. Bila tengok keadaan risau dia akupun bagitau biarlah kalau orang jumpa itu rezeki orang, kalau orang ambil orang itu akan susah sampai bila-bila didunia mahupun diakhirat kan Allah ada.. barulah dia senyum. Harapan agar bondaku cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala dan sebalik apa yang terjadi ada hikmahnya. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.
Sabtu, 6 Februari 2010
Keadaan Bonda Kini
Dicatat oleh puterimmids di 2:54 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan